Friday, December 26, 2008

Fail To Plan,Plan To Fail

26 Dec 2008 - another day on leave.I plan to settle a few things & list it down.This include visiting the bank to open an account for my son,visiting Takaful to settle my outstanding dues & depositing to SSPN RM 3k in order to qualify for tax deduction.

You know what?Only about 60% of the mission is accomplished.Due to various reasons beyond my control it was not completed.But the important thing is that I am satisfied of the outcome although not 100%.

Planning i simportant.I believe what ever we want to do we must plan it.Implement based on our plan.Make necessaru adjustmnet along the way....INsyallah successful

Azan

Azan sesuatu yang mulia.

Tapi patutkah kita diawal pagi 10 minit sebelum subuh memasang kaset dengan gema yang kuat memperdengarkan bacaan Al Quran.Perlu tak kita sebagai umat Islam menghormati penganut Ugama yang lain untuk terus tidur,bayi yang terganggu tidurnya,orang-orang tua...

Cuba letakkan diri kita sebagai mereka.Bagaimana penerimaan kita.Kalau di Makkah atau dikampung-kanpung yang rata penduduk nya berugama Islam tu OK lah...Kadang-kandang saya malu pada jiran-jiran yang berugama lain.

Saya pernah mengutarakannya ke pihak AJK Masjid melalui YahooGroupnya,saya pula di tempelak dengan potongan ayat Quran dan Hadisnya.

Saya rasa perlu pihak JAIS mengeluarkan tatasusila dalam menggunakan PA di masjid.

Budaya Feedback

Saya sering menggunakan facillities yang ada untuk memberi maklum balas.Saya dapati ada organisasi yang bertanggung-jawb yang akan bertindak untuk menyiasat aduan kita dan memaklumkan kepada kita tindakan yang diambil.

Saya mempuyai masaalah dengan pihak Income Tax.Over payment telah berlaku dan sekitar RM20 ribu mereka simpan & ini mana patut.Lepas-lepas itu mintak dokuman pembuktian & dah beri pun.Kita diberi tempuh 30 hari untuk jawab & lepas dijawab dia ambil masa untuk memproses pembayaran balik..Patut ke..

Tanpa disangka ..Terkejut saya..dapat panggilan di handphone awal-awal pejabat dibuka pada esok paginya.No ini no Miri & saya ingatkan mungkin dari pejabat syarikat saya disana tapi dari Income Tax Miri.

Saya dimaklomkan pembayaran balik saya akan diproses segera...

Alhamdulillah..angin-angin perubahan telah mula bertiup.
Tetapi masih ada organisasi yang berada di tahap lama - contohnya Bank Islam.
Tulis kepada orang no satu pun tak dapat apa-apa balasan...Memalukan Islam aje...
Mana nak global...payahlah....Makan masa...

Belum Cuba belum tahu.....

Pernahkah anda drive in to Singapura.

Hujung tahun biasa ramai orang bercuti.Ada yang keluar Negara bagi mereka-mereka yang mampu tu.Bagi yang lain destinasi dalam negeri menjadi pilihan.

Masa bersama keluarga ini harus kita menafaatkan untuk menerap nilai-nilai murni kepada mereka di samping berhibur.

Saya tahun ini memilih Singapura.

Walaupun telah beberapa kali memasuki Singapura tetapi tak pernah dengan kereta.Ini adalah berpunca dengan perbualan berpuluh-puluh tahun dulu dengan PokCek saya yang sekarang ini bermastautin disana.

Hasil dari perbualan tersebut saya membuat kesimpulan memang payah masuk dengan berkereta.Berbagai requirement perlu dipenuhi.Masuk tambak kena bayar & masuk kawasan pusat Bandar kena bayar dll.Parking pun mahal.

Tetapi saya tengok sejak akhir-akhir ini banyak kereta Singapura memasuki Malaysia.Agak mudah bagi mereka.

Dua adik ipar saya pun selalu kesana jadi timbul keinginan untuk kesana.Saya tergulung kepada gulungan mereka yang suka mencuba yang baru.Saya kata whu not?Lebih-lebih lagi Malaysia mempunyai check point yang canggih yang baru dilancarkan.

Saya dapat maklumat dari adik ipar untuk memasuki Singapura tak payah mana pun…..Saya juga meneliti website & terdapat panduan terperinci disana.

Kita cuma perlu mengisi Immigration Entry Card dan mendapatkan Autopas dengan harga S$10.Yang lain semuanya beresCuma perlu top-up dengan kadar mencukupi untuk bayaran Vehicle Entry Permit (VEP) & tol semasa nak keluar nanti.

Setiap pengunjung diberi 10 VEP free days per year.

Pastikan anda ada Autopas sebelum meninggalkan checkpoint – kalau tidak nyanya nanti……

Untuk VEP kadarnya S$20/hari dan tol S5/hari flat rate.

Jadi kesimpulan nya,sesuatu perkara itu kita tidak akan ketahui sebelum mencubanya.Orang lain boleh memberi maklumat dari kacamata mereka.Tetapi terpulanglah kepada kita untuk menilai semua informasi-informasi tersebut.

Tapi saya nasihatkan perlu ada perancangan dari awal.Jalankan saperti mana yang dirancang,teliti perjalanan perancangan kita dan ambil tindakan pembetulan dimana perlu dan insyallah dengan doa/tawakkal kepada Allah kita akan Berjaya dalam apa jua keadaan malah dalam apa juga yang kita lakukan.

Apply PDCA tentu Berjaya.

Sesiapa yang ingin keterangan lanjut untuk ke Singapura sila hubungi saya di alamat email berikut.Insya Allah saya akan cuba menjawab sebarang persoalan yang ada.

paklongrembau@yahoo.com.my
SJ 26Dec08

Majlis Perkahwinan Di Masjid

Semalam Jumaat 26 Dec 2008 saya mendapat undangan menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya sebelah ayah yang berlansung di Masjid Putrajaya.Majlis dimulakan lebih kurang jam 5 petang.

Pak Usu Ayub ASP Pencen sungguh bergaya.Saya sekeluarga terawal sampai di Masjid teresebut..

Puh... kacau apabila diminta jadi saksi oleh Pak Usu & tak prepare apa-apa dan cuba tolak ....alhamdulillah dapat lepas...Tok Imam juru nikah tu gomel2 lebih-lebih pulak; Pak Usu orang yang agak serious tentu tak suka kok..

Apabila majlis bermula orang pun agak ramai.Saudara kita,Rosli yang baru berhenti dari Hilton PJ jadi tokeh caterer mula glabah...Pok Usu jangka 30 & lepas rundingan Pok Usu setuju tambah ke 5o hidangan tapi sekarang mungkin ada sekitar 80 orang - cukup ke untuk makan ni....

Itulah masaalahnya orang kita,mana ada nak confirm untuk hadir - kalau ingat nak datang terus datang dan bila tak cukup terus kutuk2...

Keadaan ini menyebabkan saya terfikir kenangan lama majlis perkahwinan adik saya lebih kurang 8 tahun yang lalu.Biasanya ayah buat majlis cara gotong royong tapi trend masa tu dah berubah - buffet style cara catering dah mula....

Sebagai along terpaksa bertugas juga sebagai Penyambut Tetamu.Orang makin ramai datang..maklumlah majlis perkahwinan anak yang terakhir.Hai nampak gayonya tak cukup ni.

Nampak ayah dan emak mula glabah ... saya terus angkat kaki pergi ke kedaii.... segan & malu juga..

Persoalan yang nak saya timbulkan disini pasal kahwin di masjid.

Apakah wajar majlis ini diadakan di Dewan sembahyang?Yang pompuan & lelaki duduk bersama walaupun berasingan untuk mengikuti majlis tu...Saya rasa perlu adanya Dewan Serbaguna di masjid untuk kegunaan nu.

Lepas tu jagalah tatasusila masjid.Dalam perjalanan balik mak komen - lamanya majlis cium dahi tu.Saya tambah - mak itu bukan Tok Imam yang suruh & juru kamera aje yang gatal2.


Sekian.................