Friday, December 26, 2008

Belum Cuba belum tahu.....

Pernahkah anda drive in to Singapura.

Hujung tahun biasa ramai orang bercuti.Ada yang keluar Negara bagi mereka-mereka yang mampu tu.Bagi yang lain destinasi dalam negeri menjadi pilihan.

Masa bersama keluarga ini harus kita menafaatkan untuk menerap nilai-nilai murni kepada mereka di samping berhibur.

Saya tahun ini memilih Singapura.

Walaupun telah beberapa kali memasuki Singapura tetapi tak pernah dengan kereta.Ini adalah berpunca dengan perbualan berpuluh-puluh tahun dulu dengan PokCek saya yang sekarang ini bermastautin disana.

Hasil dari perbualan tersebut saya membuat kesimpulan memang payah masuk dengan berkereta.Berbagai requirement perlu dipenuhi.Masuk tambak kena bayar & masuk kawasan pusat Bandar kena bayar dll.Parking pun mahal.

Tetapi saya tengok sejak akhir-akhir ini banyak kereta Singapura memasuki Malaysia.Agak mudah bagi mereka.

Dua adik ipar saya pun selalu kesana jadi timbul keinginan untuk kesana.Saya tergulung kepada gulungan mereka yang suka mencuba yang baru.Saya kata whu not?Lebih-lebih lagi Malaysia mempunyai check point yang canggih yang baru dilancarkan.

Saya dapat maklumat dari adik ipar untuk memasuki Singapura tak payah mana pun…..Saya juga meneliti website & terdapat panduan terperinci disana.

Kita cuma perlu mengisi Immigration Entry Card dan mendapatkan Autopas dengan harga S$10.Yang lain semuanya beresCuma perlu top-up dengan kadar mencukupi untuk bayaran Vehicle Entry Permit (VEP) & tol semasa nak keluar nanti.

Setiap pengunjung diberi 10 VEP free days per year.

Pastikan anda ada Autopas sebelum meninggalkan checkpoint – kalau tidak nyanya nanti……

Untuk VEP kadarnya S$20/hari dan tol S5/hari flat rate.

Jadi kesimpulan nya,sesuatu perkara itu kita tidak akan ketahui sebelum mencubanya.Orang lain boleh memberi maklumat dari kacamata mereka.Tetapi terpulanglah kepada kita untuk menilai semua informasi-informasi tersebut.

Tapi saya nasihatkan perlu ada perancangan dari awal.Jalankan saperti mana yang dirancang,teliti perjalanan perancangan kita dan ambil tindakan pembetulan dimana perlu dan insyallah dengan doa/tawakkal kepada Allah kita akan Berjaya dalam apa jua keadaan malah dalam apa juga yang kita lakukan.

Apply PDCA tentu Berjaya.

Sesiapa yang ingin keterangan lanjut untuk ke Singapura sila hubungi saya di alamat email berikut.Insya Allah saya akan cuba menjawab sebarang persoalan yang ada.

paklongrembau@yahoo.com.my
SJ 26Dec08

No comments:

Post a Comment