Friday, December 26, 2008

Majlis Perkahwinan Di Masjid

Semalam Jumaat 26 Dec 2008 saya mendapat undangan menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya sebelah ayah yang berlansung di Masjid Putrajaya.Majlis dimulakan lebih kurang jam 5 petang.

Pak Usu Ayub ASP Pencen sungguh bergaya.Saya sekeluarga terawal sampai di Masjid teresebut..

Puh... kacau apabila diminta jadi saksi oleh Pak Usu & tak prepare apa-apa dan cuba tolak ....alhamdulillah dapat lepas...Tok Imam juru nikah tu gomel2 lebih-lebih pulak; Pak Usu orang yang agak serious tentu tak suka kok..

Apabila majlis bermula orang pun agak ramai.Saudara kita,Rosli yang baru berhenti dari Hilton PJ jadi tokeh caterer mula glabah...Pok Usu jangka 30 & lepas rundingan Pok Usu setuju tambah ke 5o hidangan tapi sekarang mungkin ada sekitar 80 orang - cukup ke untuk makan ni....

Itulah masaalahnya orang kita,mana ada nak confirm untuk hadir - kalau ingat nak datang terus datang dan bila tak cukup terus kutuk2...

Keadaan ini menyebabkan saya terfikir kenangan lama majlis perkahwinan adik saya lebih kurang 8 tahun yang lalu.Biasanya ayah buat majlis cara gotong royong tapi trend masa tu dah berubah - buffet style cara catering dah mula....

Sebagai along terpaksa bertugas juga sebagai Penyambut Tetamu.Orang makin ramai datang..maklumlah majlis perkahwinan anak yang terakhir.Hai nampak gayonya tak cukup ni.

Nampak ayah dan emak mula glabah ... saya terus angkat kaki pergi ke kedaii.... segan & malu juga..

Persoalan yang nak saya timbulkan disini pasal kahwin di masjid.

Apakah wajar majlis ini diadakan di Dewan sembahyang?Yang pompuan & lelaki duduk bersama walaupun berasingan untuk mengikuti majlis tu...Saya rasa perlu adanya Dewan Serbaguna di masjid untuk kegunaan nu.

Lepas tu jagalah tatasusila masjid.Dalam perjalanan balik mak komen - lamanya majlis cium dahi tu.Saya tambah - mak itu bukan Tok Imam yang suruh & juru kamera aje yang gatal2.


Sekian.................

No comments:

Post a Comment