Wednesday, December 30, 2009

Awas kalau dah lewat 50an...

24Dec saya baru balik bercuti sekeluarga.Ini adalah percutian yang ketiga sekeluarga keluar negara.Pertama-tamanya dulu mengerjakan Umrah sekitar 2004,then Amsterdam 2006 dan yang baru ini ke Dubai.Disamping itu ada juga keluar negara untuk tugas resmi dan selalunya bercuti dalam negara aje..

Pada pagi Jumaat 25Dec saya dikejutkan dengan berita rakan sekolah Tingkatan 4 & 5 dulu di SMSNS Gentam Kuala Pilah telah pergi menyahut panggilan Ilahi.Sakitnya khabarnya cuma demam panas..

Hari Isnin lepas 28 Dec pula pada sekitar tengahari saya dikejutkan dengan berita rakan saya yang baru menamatkan career dengan PETRONAS pada usia 55 tahun pada 26 Dec telah ditemui jatuh dan tidak sedarkan diri di bilik air.Bilik air tersebut terpaksa di kopakkan untuk mengeluarkan beliau.Beliau sekarang menerima rawatan di HUKM Cheras setelah dipindahkan dari Hosp Tengku Afzan Kuantan pada semalam 30 Dec.
Khabarnya perlu dibuat pembedahan untuk mengeluarkan blood clot di kepala beliau.

Puh...ini semuanya bahagian masing2.Tetapi persoalannya bagaimana persediaan kita.Adakah kita sentiasa terlena dibuai mimpi indah dunia & mengabaikan suruhan Ilahi.Bagaimanakah sikap kita.Berbangga diri,megah dan lain-lain sifat yang keji..

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita,agar kita berakhir dengan mudah dan berakhir dengan keadaan iman yang mantap.Amin.

Disamping itu kita perlumenjaga pemakanan kita,stress level kita dan banyak exercise jua...

No comments:

Post a Comment