Wednesday, December 30, 2009

KL Teksi

Assalamualaikum dan Sallam Sejahtera,Telah berlalu beberapa bulan saya agak sibuk dan tidak berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu.Tapi hari ini "terilham" untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan sesiapa yang berminat.
Lamanya saya berdiam diri mungkin disebabkan "penangan" dari PakNgah PJ tu...

Teksi ya teksi KL - banyak yang hendak dipaparkan.Seseorang akan bertanya bagaimana lesen dikeluarkan,siapa yang dapat,berapa kena bayar.dll.Ada yang syarikat dan ada yang persendirian.Tetapi yang banyaknya syarikat.Siapa dibelakang syarikat2 ini.

Dua hari lepas saya berbual dengan seorang pemandu teksi,teksi jenis murah...agak lama tetapi taklah sampai berbau tandas (itu kata Nazri banyak KL Teksi bak tandas).

Pemandu teksi itu mengeluh - Hari-hari kena bayar sewa RM45.Sebulan dah RM1350.Untuk dapatkan gaji sekitar RM50 sehari - sewa+gaji+kos maintenace+minyak sekitar RM150-200 sehari harus dicari.Masa bertugas - lebih 12 jam di dalam teksi.

Sepemunya syarikat senang2 dapat 600-700 bersih setiap bulan setiap teksi - 10 teksi 6000-7000 ribu. Seratus permit teksi 60000-70000 puh kaya...tetapi yang merana pemandu teksi.

Saya terfikir-fikir inikah dikatakan Rakyat diutamakan,pencapaian didahulukan....cakap aje..

Mana tak adanya sikap segelintir pemandu yang bertindak buaya saperti yang terdapat disekitar KLCC,Bukit Bintang,Sg Wang dll tempat yang menjadi kunjungan ramai.

Kalau saya jadi Pemimpin,hapuskan sistem permit syarikat & beri permit individu.
Satu lagi pilihan adalah mengkaji berapakah kadar sewa yang wajar untuk setiap teksi dengan perkiraan keuntungan yang berpatutan untuk pihak syarikat yang jelas untuk menjaga kepentingan rakyat - saperti syarikat bekas-bekas polis,ashkar,dll dan bukan nya syarikat alibaba yang dibelakangi tokoh-tokoh politik...Satu lagi cara dengan memberi gaji tetap untuk pemandu teksi - basic minimum dan ditambah comission yang berpatutan.Sesuatu harus dilakukan segera sebagaiman kerajaan bertindak terhadap bas-bas mini satu ketika dulu.Apa pandangan anda?

No comments:

Post a Comment