Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru.....

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah menabur bakti kepada saya ....jasa mu dalam kenangan dan doa restu dari saya untuk anda semua.

Saya teringatkan guru-guru saya dulu Mr & Mrs Kwan,Mr Foo,Metersoon,Mr Briggs yang baling saya kapur masa saya tidur dalam Chemistry class,Ustaz Arshad yang selalu buli saya minta tolong buat itu ini sampaikan list markah student pun minta buat he... he...
Cikgu Mat Noor,Ustaz Othman,Arwah cikgu Hanif,Arwah Cikgu Hj M Yusoff..

Yang maseh hidup - dimana mereka agaknya sekarang ini.Tentu semuanya dah lama pencen & kita pun dah masuk usia nak pencen.

Saya anak guru,adik saya guru,ipar saya guru,biras saya seorang guru & isteri saya sendiri pun guru.

Kadang-kadang saya tengok guru2 dewasa ni memang kena pulun habis.Setiap Sabtu kerja & kita semua kerja lima hari seminggu saja.Kerja pun pada hari-hari biasa sampai malam.Kena periksa buku sekolah murid,kena sedia ringkasan mengajar untuk esok & kalau waktu cuti kena jaga peperiksaan.Elaunnnya beberapa sen aja tetapi semua kena paksa rela - sekolah hantar nama....Kalau tolak tak boleh...Kalau pi travel tu tuntut 1/4 kadar teksi....

Hari guru untuk meraikan guru pun di paksa buat gotong royong.Arahan Muhyiddin - kurang waras punya menteri - ini ke caranya untuk mengiktiraf pengorbanan dan jasa guru-guru.Tak cukup dengan bebanan yang telah diberikan setakat ni...Di Seremban lagi bagus,MB kata saya mahu jumpa makan malam dengan semua guru di NS.Apa punya pemimpin macam, ni...Semua dipaksa hadhir...Boleh duduk hotel ke..Boleh tuntut tambang perjalanan ke..kalau dah datang jauh-jauh dari Ulu Jempul,Simpang Pertang.

Polisi Muhyuddin asik bertukar-tukar dulu murid-murid tak boleh bawa handphone kesekolah & boleh rampas - sekarang lain pula ceritanya.Boleh ambil dan simpan untuk hari itu aje..Ini nak satu lagi hal - nak bawa mat salleh untuk mengajar kita BahasaInggeris dulu...Ini semua kerja Muhyuddin.Untuk Bahasa Arab tak pun nak bawa pak-pak arab ke Malaysia.

Satu lagi tentang penilaian sekolah - kalau sekolah tu memang punya PIBG kat Div 1 punya officer & professional housing area memang lah depa dah jauh kedepan dan dapat markah penilaian yang tinggi.Mak bapak beri sumbangan dan sekolah pun selalu dapat bantuan.

Dan lepas itu diberi lagi bantuan beribu-ribu ringgit...Wajarke aspek penilaian sebagini...Kalau sekolah tu memang sekolah dipilih student memang lah prestasi mereka bagus.Bodoh betul penilaian sebagini...Mana nak pergi sekolah yang daif - akan terus daif.Peruntukkan untuk tahun ini pun dah dikurangkan tetapi untuk beri ke sek di Ulu Selangor 3 juta tak pe..Yalah bukan duit depa & duit Rakyat.

Semua yang Muhyuddin hamburkan mendapat tentangan rakyat....

Wahai guru sampai masanya untuk anda semua bangkit... buka mata anda dan sedarkan anak-anak murid anda dengan kepincangan-kepincangan ini.

No comments:

Post a Comment